好料!夠猛!哥賓星追問:首相在哪兒? 為何的躲起來?請轉發!

celine0423     2016-11-09     94     檢舉

好料!夠猛!哥賓星追問:首相在哪兒? 為何的躲起來?請轉發!

在國會卻未進議會投票 納吉挨反對黨狂轟

國會昨晚為財政預算案投票前,陷入朝野罵戰,焦點在於行動黨蒲種議員哥賓星追問首相納吉既然已經在國會大廈,為何卻不進來議會廳回答一馬公司案、26億門、美國司法行動等問題。財政預算案最終以117票對70票通過,11名伊黨議員放棄投票,哈迪阿旺等2人缺席,惟有瑪夫茲投反對票。

Semasa perbahasan malam tadi, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) secara terbuka mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk hadir dan menjawab soalan-soalan mengenai 1MDB dan 『derma』 RM2.6 bilion yang diterimanya.

"Mana PM? Mengapa dia bersembunyi di sana (kamar Speaker)? "soal Gobind meminta penjelasan.

Sponsored Links

Gobind ingin tahu status siasatan polis ke atas 1MDB, serta kepada siapa Najib memulangkan wang AS$620 juta daripada AS$681 juta yang didakwa diterimanya sebagai derma.

Namun, Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani gagal menjawab soalan berhubung siasatan itu, dan berkata ia masih dalam siasatan, sementara beliau tidak menyentuh soalan mengenai sumbangan 『derma』 berkenaan.

Sponsored Links

Terdahulu, Najib hadir di Parlimen malam tadi tetapi tidak mengikuti penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan atau Bajet 2017 dan meninggalkan dewan sebelum pengundian dijalankan.

Najib tiba ketika Johari mengakhiri perbahasan peringkat dasar, pada kira-kira 8.40 malam tadi.

Sponsored Links

Beliau dilihat melalui pintu utama yang menuju ke Parlimen tetapi tidak berada di Dewan Rakyat.

Adalah dipercayai bahawa beliau sebaliknya menuju ke kamar Speaker.

Tidak lama kemudian, Najib kelihatan bergegas meninggalkan Parlimen.

Pada ketika itu, Johari baru mengakhiri ucapan penggulungannya dan ini disusuli dengan undian belah bahagian atau secara blok.

Sponsored Links

Bajet kemudiannya diluluskan pada peringkat jawatankuasa, dengan 117 undi menyokong dan 70 undi menentang.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata 11 ahli parlimen tidak mengundi.